Nafas berbau agak sukar untuk dikesan tetapi sekiranya orang menjauhkan diri dari anda semasa bercakap, ia mungkin menandakan nafas anda berbau.
Apa yang menyebabkan nafas berbau? Lebih 90% kes nafas berbau berpunca dari mulut. Terdapat banyak bakteria walaupun di dalam mulut yang bersih. Bakteria ini boleh meleraikan sisa makanan dalam mulut dan menghasilkan gas yang berbau.
Bagaimanakah untuk menjadikan nafas anda berbau segar?
1. Berus gigi dengan berkesan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Selain itu, gunakan flos untuk mengeluarkan sisa makanan di celah-celah gigi.
2. Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
3. Jangan merokok
4. Berus lidah semasa memberus gigi
5. Amalkan diet yang seimbang
6. Dapatkan pemeriksaan gigi secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun
7. Rawatan asas seperti “scaling” dan tampalan gigi boleh mengurangkan nafas berbau
Petua Mengelakkan Nafas Berbau
Sangar hampas kelapa hingga kuning. Amalkan mengunyah hampas kelapa itu. Jika anda tidak sukakan rasanya, anda boleh saja meluahkannnya. Minumlah air suam selalu.
No comments:
Post a Comment