RIZA KAY

RIZA KAY

PRICE 2014/2015

THE SUCI SPA & MAKEOVER
012-9130659



MAKE UP SERVICES

WEDDING RECEPTION-RM 500

SOLEMNIZATION - RM 400

ENGAGMENT - RM 400


EXTRA SERVICES

PHOTOSHOOT - RM RM200

TRIAL MAKEUP
- RM 200

DINNER - RM 200

PRE-WED MAKEUP -RM 200

STAY BACK (TOUCH UP) -RM50 PER HOUR


-Areas outside the Klang Valley & Putrajaya + RM0.50/km
-Toll return
-RM150 (if staying at the hotel or the actual charge for the hotel) or customer provided accommodation.
-Deposit 50% of the listed price as booking. Balance made ​​two weeks before the ceremony.
- Receipts will be issued upon request.

-Kawasan luar Lembah Klang & Putrajaya + RM0.50/km
-Tol pulang dan balik
-RM150 (jika menginap di hotel atau caj sebenar untuk hotel) atau pelanggan yang sediakan penginapan.
-Deposit 50% daripada harga yang tersenarai sebagai tempahan. Baki dibuat dua minggu sebelum majlis.
- Resit akan dikeluarkan di atas permintaan.



* Deposit payment for any appointment been canceled will not be refunded .. Please take note.!!! *
*Deposit pembayaran yang telah dibatalkan tidak akan dikembalikan .. Sila ambil perhatian!*


THANK YOU FOR CHOOSING
THE SUCI BY RIZA KAY




Followers

Thursday, March 31, 2011

Adakah Nafas Anda Berbau?

Nafas berbau agak sukar untuk dikesan tetapi sekiranya orang menjauhkan diri dari anda semasa bercakap, ia mungkin menandakan nafas anda berbau.

Apa yang menyebabkan nafas berbau? Lebih 90% kes nafas berbau berpunca dari mulut. Terdapat banyak bakteria walaupun di dalam mulut yang bersih. Bakteria ini boleh meleraikan sisa makanan dalam mulut dan menghasilkan gas yang berbau.

Bagaimanakah untuk menjadikan nafas anda berbau segar?

1. Berus gigi dengan berkesan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Selain itu, gunakan flos untuk mengeluarkan sisa makanan di celah-celah gigi.

2. Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari

3. Jangan merokok

4. Berus lidah semasa memberus gigi

5. Amalkan diet yang seimbang

6. Dapatkan pemeriksaan gigi secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun

7. Rawatan asas seperti “scaling” dan tampalan gigi boleh mengurangkan nafas berbau

Petua Mengelakkan Nafas Berbau
Sangar hampas kelapa hingga kuning. Amalkan mengunyah hampas kelapa itu. Jika anda tidak sukakan rasanya, anda boleh saja meluahkannnya. Minumlah air suam selalu.



Wednesday, March 30, 2011

Petua Untuk Wanita Kelihatan Cantik

1. Jadikan aktiviti membersihkan wajah sebagai rutin wajib anda setiap pagi dan malam. Pemeliharaan kulit merupakan asas penting dalam penampilan kecantikan anda.

2. Anda perlu menjadi orang yang paling arif mengenai wajah anda. Apabila anda ingin membeli set penjagaan muka atau kosmetik, baca butiran dengan terperinci untuk mengelakkan sebarang komplikasi.


3. Bersolek cukup sekadar untuk mengelak wajah dari kelihatan pucat. Solekan natural adalah lebih baik dan selamat untuk aktiviti harian anda. Tidak salah anda mengenakan solekkan tebal sekiranya anda mahir berdandan sendiri asalkan jangan sampai ada yang menegur muka anda.

Alatan Asas di dalam Bilik Mandi:
1.Pisau cukur- Wanita perlukan pisau cukur yang baik. Penggunaan pisau cukur bersama shaving foam atau aftershave dapat membantu anda untuk rasa lebih selesa selepas bercukur.

2. Sponge yang lembut - Bagi mereka yang menggunakan buih mandian, sponge yang lembut memainkan peranan besar sewaktu anda mandi. Jika di gosokkkan secara teratur, ia dapat membantu menanggalkan sel-sel mati dan menjadikan kulit anda segar dan bersinar.

3. Pumice Stone - Berfungsi sebagai batu asah untuk tapak kaki anda. Pumice stone dapat membantu  menanggalkan daki dan sel-sel kulit mati di bahagian tapak kaki. Penggunaan yang kerap semasa mandi dapat membantu anda untuk memiliki tapak kaki bersih, sihat dan bebas dari bau yang kurang menyenangkan.

Alatan di Meja Solek:
1. Losyen badan atau minyak bayi- dapat melembut dan menghaluskan kulit anda. Waktu yang paling sesuai untuk menyapu losyen atau minyak bayi pada tubuh anda adalah selepas mandi kerana kulit dalam keadaan rehat dan boleh menyerap dengan baik.

2. Sikat atau berus- yang sesai dengan rambut. Seeloknya, pilih sikat atau berus yang mempunyai gigi lebat, jarang dan pendek. Apa pun pilihan anda, pastikan anda tidak menyisir rambut ketika rambut anda basah kerana akar rambut lembut dan mudah patah. Tunggu sehingga rambut kering dan sedikit ringan.

3. Deodoran - Terdapat pelbagai jenis deodoran di pasaran dari yang roll-on, stick-on, cecair mahu pun semburan. Pengunaan deodorant dapat melindungi ketiak anda daripada mengeluarkan bauan yang kurang menyenangkan.

4. Bedak Tabur - Secara umumnya bedak yang kering. Pilih bedak yang  boleh melindungi kulit.


Monday, March 28, 2011

Petua Untuk Mengurangkan Perasaan Malu



Untuk mengurangkan perasaan malu, lakukan langkah sedikit demi sedikit. Lama kelamaan, perasaan malu akan berkurangan sedikit demi sedikit. Perasaan malu datangnya terutama dari kita risaukan tanggapan orang. Contoh, kita takut “apa pula nanti orang kata kalau saya bersuara”. Di sini anda perlu berfikiran positif dan sentiasa fikirkan orang ramai tidak akan bertanggapan negatif tentang anda. Fikirkan orang ramai ingin mendengar apa yang anda ingin kongsikan. Pada hakikatnya, ia memang benar- orang disekeliling anda ingin mengetahui lebih dalam mengenai anda. Berlakon macam anda tidak malu. Orang ramai sebenrnya tidak tahu yang anda malu. Oleh itu, tidak perlu tunjukkan yang anda pemalu.

Saturday, March 26, 2011

Petua Penjagaan Payudara Wanita



1. Lakukan pemeriksaan
Melakukan pemeriksaan payudara sendiri secara rutin. Setiap wanita sebaiknya memeriksa payudaranya sendiri, paling tidak sebulan sekali pada tarikh yang sama, apabila tiada haid. Bagi yang masih mendapat haid, waktu terbaik memeriksa payudara iaitu beberapa hari setelah berakhirnya masa haid, setiap bulan. Ketika itu payudara sudah kembali lembut. Jika terdapat sebarang perubahan, anda disarankan berjumpa doktor.

2. Pembedahan
Elakkan melakukan pembedahan payudara jika sekadar untuk membesarkan ukurannya. Kecantikan wanita bukan sekadar terletak pada aset ini sahaja, tetapi terletak pada 'hatinya'.

3. Senaman
Lakukan senaman dan perawatan payudara secara sendirian iaitu senam payudara dan yoga. Salah satu cara melatih otot pektoral adalah dengan menekan kedua telapak tangan separas dagu pada dinding (seperti posisi mendorong), arahkan pandangan ke langit, tahan beberapa detik, kemudian lepaskan. Ulangi latihan ini sampai 10 kali. Latihan ini boleh dilakukan ketika anda berada di bilik mandi. Rasakan tarikan pada otot pektoral ketika anda menggerakkan kepala ke atas. Kegiatan mengangkat dan menurunkan bahu, apabila dilakukan berulang-ulang, dapat memperkuatkan otot dada.

4. Urutan
Mengurut payudara dengan minyak aroma terapi, dapat menjaga keanjalan payudara. Urutan baik untuk merangsang sirkulasi darah. Caranya lakukan urutan ke arah luar, ke bawah dan ke arah dalam, kemudian mengikuti aliran getah bening ke arah ketiak, ke bawah tulang selangka dan ke arah tulang dada. Dibandingkan dengan masker dan krim yang disapukan, penggunaan minyak aroma terapi adalah lebih efektif kerana urutan akan lebih mudah meresap ke dalam kulit, mengalir dalam darah, kelenjar susu serta menyusup ke seluruh tubuh.

5. Bersihkan Payudara
Payudara yang sihat adalah payudara yang bersih. Perhatikan kebersihan puting yang merupakan tempat keluar air susu, sekaligus kelenjar minyak yang berfungsi untuk melicinkan puting dan arela, agar tidak kering dan kulitnya tidak pecah. Gunakan kapas yang sudah dibubuhi minyak zaitun untuk membersihkan sisa kelenjar iaitu kelenjar minyak yang sering melekat pada puting.

6. Penggunaan Coli
Gunakan baju dalam atau coli yang sesuai dengan anda dan bukannya sekadar melekap di situ sahaja. Seelok-eloknya memakai coli yang sesuai mengikut saiz payudara, iaitu sepanjang tempoh kehamilan dan waktu menyusu anak.

7. Penyusuan
Sekiranya menyusukan anak, letakkan posisi bayi dengan betul dan selesa agar ia tidak terlalu menarik payudara. Terdapat masalah dalam tempoh penyusuan, ia termasuk bengkak buah dada. Cara mengatasi masalah itu, perah payudara perlahan-lahan untuk melembutkan terlebih dahulu


Tafsiran Mimpi Menurut Islam

Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian

  1. Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat.
  2. Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat
  3. Bermimpi memasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnya anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh
  4. Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia
  5. Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan
  6. Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda
  7. Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar
  8. Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa
  9. Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
  10. Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat
  11. Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira
  12. Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar
  13. Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran
  14. Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan
  15. Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang
  16. Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian
  17. Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan
  18. Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat
  19. Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan
  20. Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh
  21. Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar
  22. Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.
  23. Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar
  24. Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya
  25. Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati
  26. Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup
  27. Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai
  28. Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita
  29. Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa
  30. Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.
  31. Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.
  32. Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.
  33. Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.
  34. Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.
  35. Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.
  36. Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.
  37. Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.
  38. Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat
  39. Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati
  40. Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna
  41. Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu
  42. Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang
  43. Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik
  44. Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah Wali Allah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat
  45. Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga
  46. Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
  47. Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorang itu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan
  48. Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w
  49. Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan
  50. Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal
  51. Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna
  52. Jika bermimpi mencukur bulu ketiak menandakan anda akan terlepas dari harta yang ditanggung
  53. Jika bermimpi berjumpa dengan orang alim alamatnya anda akan menjadi penghulu besar
  54. Jika bermimpi memotong rambut menandakan anda akan bercerai dengan isteri
  55. Bermimpi membuang darah menandakan anda akan sembuh dari penyakit
  56. Jika bermimpi paras anda mempunyai perempuan alamatnya anda akan memperoleh harta atau anak
  57. Jika bermimpi diri anda mati menandakan anda akan panjang umur tetapi jika bermimpi mati hidup semula alamatnya kehendak anda akan diperoleh
  58. Sekiranya diri anda bermimpi dibawa ke kubur alamatnya anda akan beroleh kekayaan
  59. Jika bermimpi kanak-kanak datang kepada anda menandakan anda akan memperoleh harta yang banyak
Mimpi Berkaitan Alam Semulajadi Dan Tanaman
  1. Bermimpi mengenai batu-batu halus alamatnya anda akan terlepas dari kedukaan
  2. Bermimpi makan tanah liat anda akan mendapat harta
  3. Seseorang yang bermimpi emas yang banyak di dalam rumahnya alamatnya anda akan menjelaskan segala hutang piutang
  4. Jika anda bermimpi hujan turun dengan lebat, anda akan mendapat rezeki berlipat kali ganda dan memperoleh rezeki yang halal.
  5. Jika bermimpi bintang jatuh ke riba atau jatuh ke atas rumah menandakan anda akan memperoleh kejayaan dan dikurniakan anak yang baik.
  6. Sekiranya bermimpi naik ke atas angin dan tetap di sana anda akan menjadi raja.
  7. Sekiranya anda bermimpi melihat matahari dan bulan, bulan turun ke riba atau masuk ke lengan baju, anda akan memperolehi kejayaan di dunia.Sebaliknya jika melihat matahari terbelah dua atau hitam warnanya menandakan raja di negeri itu mati atau negeri itu akan mendapat huru-hara.
  8. Jika bermimpi mendengar halilintar atau guruh petir menandakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku.
  9. Jika bermimpi tebu anda akan dimurahkan rezeki sebaliknya
  10. jika bermimpi menanam sesuatu tanaman kemudian tanaman itu tumbuh menandakan anda akan memperoleh untung yang banyak
  11. Bermimpi pohon gandum,padi atau kacang hidup dengan subur manandakan anda akan memperoleh rahmat allah, sebaliknya jika bermimpi menanam tanaman yang masam anda akan berduka-cita.
  12. Jika bermimpi menanam kapas anda akan mendapat untung
  13. Bermimpi air sungai mengalir dengan tenang menandakan anda akan terlepas dari bahaya.
  14. Jika bermimpi air sungai kering anda akan memperoleh kesakitan
  15. Jika anda bermimpi mandi dalam sungai menandakan anda akan beroleh rahmat
  16. Jika bermimpi menyelam dalam sungai yang airnya sejuk alamatnya anda akan beroleh nikmat di dunia dan akhirat
  17. Jika bermimpi air laut menjadi tawar atau manis anda akan memperoleh harta atau dijauhi dari sebarang bahaya.
  18. Jika anda bermimpi air terlalu panas menandakan anda akan berduka cita.
  19. Jika bermimpi makan buah timun alamatnya anda akan mendapat kebajikan atau berjumpa dengan orang yang mahir dalam ilmu pengetahuan
  20. Bermimpi mengenai buah delima manis anda akan memperoleh kebajikan dan keuntungan dalam perniagaan
  21. Bermimpi makan api memberi alamat beroleh isteri yang bijaksana
  22. Bermimpi tentang emas,perak atau timah menandakan kerja yang dilakukan tidak mendapat sebarang keuntungan
  23. Bermimpi emas bertahtakan permata anda akan mendapat kekayaan
Bermimpi Akan Haiwan
  1. Jika bermimpi melihat kambing yang terlalu banyak menandakan pekerjaan anda akan memperoleh rezeki yang halal.
  2. Sekiranya bermimpi naiki kuda atau unta, anda akan memperoleh kemuliaan dan kebajikan serta cita-cita anda akan dimakbulkan Allah.
  3. Bermimpi naik gajah anda akan dipermuliakan orang dengan kebesaran.
  4. Jika bermimpi membunuh gajah anda akan dihormati dan memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat.
  5. Jika bermimpi melihat gajah berjuang alamatnya orang-orang besar akan berkelahi sesama sendiri.
  6. Jika bermimpi harimau datang kepada anda alamatnya anda akan memperoleh kehinaan
  7. Jika bermimpi melihat babi atau anaknya menandakan orang itu melakukan pekerjaan terkutuk. Sebaliknya jika bermimpi membunuh babi atau tikus anda akan menunaikan haji atau memperoleh pahala haji.
  8. Jika bermimpi pelanduk atau kijang datang kepada anda alamatnya anda akan memperolehi isteri yang jahat.
  9. Jika bermimpi lebah bersarang dalam telaga atau sarangnya jatuh dalam telaga menandakan anda akan dipermuliakan orang
  10. Sekiranya bermimpi anda ditangkap harimau, alamatnya anda akan diperdayakan orang
  11. Bermimpi memandikan binatang menandakan seseorang itu akan sakit atau mendapat kebinasaan atau kehilangan sesuatu
  12. Jika bermimpi melihat terlalu banyak ayam di bawah rumah anda atau di dalam kampung anda akan beroleh orang gaji atau hamba yang baik
  13. Jika bermimpi bermain telor ayam menandakan anda akan berkawan dengan orang-orang jahat
  14. Jika anda bermimpi bermain dengan burung hantu di rumah atau berhampiran dengan rumah anda menandakan ahli keluarga anda akan meninggal dunia
  15. Sekiranya anda bermimpi burung merak datang kepada anda lalu anda tangkapnya menandakan anda akan memperoleh kekayaan atau mendapat anak lelaki
  16. Jika bermimpi lebah, lalat atau nyamuk terlalu banyak alamatnya orang ramai akan berhijrah ke tempat anda
  17. Jika bermimpi burung terbang ke rumah anda kemudian terbang ke rumah orang lain menandakan anda akan berduka cita
  18. Bermimpi burung putih datang ke rumah menandakan anda akan memperoleh isteri yang budiman atau mendapat rezeki
  19. Jika bermimpi menunggang naga menandakan semua kehendak diperoleh
  20. Jika bermimpi dililit ular seluruh badan menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku
  21. Bermimpi kutu atau hama melekat di badan atau pakaian menandakan anda akan mendapat bencana
  22. Bermimpi disengat binatang bisa menandakan anda akan mendapat kecelakaan
  23. Jika bermimpi dipatuk ular seseorang itu akan mendapat suami atau isteri
  24. Bermimpi makan telor ayam, pisang atau minyak alamatnya akan memperoleh keuntungan
  25. Bermimpi memukat ikan alamatnya anda akan menjadi kaya atau mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda
  26. Bermimpi mencari burung alamatnya anda akan mendapat keuntungan dan dimurahkan rezeki
  27. Bermimpi mendapat terlalu banyak najis menandakan anda akan kekurangan harta
  28. Bermimpi mengenai najis besar menandakan anda akan mendapat kerugian
  29. Jika bermimpi makan tahi alamatnya anda akan memperoleh harta yang halal dan akan sembuh dari penyakit
  30. Jika bermimpi mencium bau kasturi atau anbar alamat orang itu akan sakit Bermimpi tubuh anda direnjis air mawar menandakan anda akan mendapat harta kekayaan yang halal



Friday, March 25, 2011

Petua Kesihatan Untuk Wanita 30-an



  • Kawal Pemakanan 

  • - Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafein, minuman ringan dan makanan ringan.






  • Guna Pelembap Yang Sesuai

  •  - Apabila umur anda menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Anda perlu ingat bahawa krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit anda.






  • Elakkan dari Pancaran Cahaya Matahari

  •  - Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari dalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelempapan kulit yang membawa kepada kekeringan.






  • Sentiasa Bersenam 

  • - Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan. Pastikan anda melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Jika  ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.






  • Minum Banyak Air 

  • - Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dengan. meminum banyak air. Ini kerana, air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamannya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan anda mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.






  • Makanan Tambahan

  •  - Pengambilan vitamin amat digalakkan untuk wanita 30-an. Kesibukkan dengan tugasan di pejabat dan di rumah menyebabkan kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi, pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.






  • Elakkan Bermekap Tebal

  •  - Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan sederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan anda nampak lebih tua dan garang.






  • Positif, Ceria dan Selalu Bersama Yang Tersayang 

  • - Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu anda membina keyakinan diri danmenghilangkan tekanan  









    Koleksi Petua Untuk Mendapat JODOH



    1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.


    2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

    3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

    4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

    5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

    6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

    7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

    8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

    9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

    10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

    11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

    12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

    13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

    14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

    15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

    16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

    17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

    18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

    19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

    20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

    21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

    22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

    23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

    24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

    25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

    26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

    27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

    28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

    29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

    30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

    31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

    32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

    33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

    34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

    35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

    36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

    37Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

    38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

    39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

    40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

    41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

    42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

    43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

    44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

    45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

    46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

    47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

    48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

    49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

    50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

    51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

    52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

    53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

    54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

    55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

    56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

    57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

    58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

    59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

    60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.





    Perbezaan Antara SUKA, CINTA dan SAYANG







    Saat kau MENYUKAI seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.



    Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.

    Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.

    Saat kau menyukai seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"

    Saat kau menyayangi seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"

    Saat kau mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya...

    SUKA adalah saat ia menangis, kau akan berkata "Sudahlah, jangan menangis."

    SAYANG adalah saat ia menangis dan kau akan menangis bersamanya.

    CINTA adalah saat ia menangis dan kau akan membiarkannya menangis di bahumu sambil berkata, "Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. "

    SUKA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan dan menawan."

    SAYANG adalah saat kau melihatnya kau akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.

    CINTA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata,"Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.."

    Pada saat orang yang kau SUKA menyakitimu,maka kau akan marah dan tidak mahu lagi bicara dengannya.

    Pada saat orang yang kau SAYANG menyakiti hatimu, kau akan menangis untuknya.

    Pada saat orang yang kau CINTAI menyakitimu, kau akan berkata,"Tak mengapa dia hanya tidak tahu yang dia lakukan."

    Pada saat kau suka padanya, kau akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.

    Pada saat kau sayang padanya, kau akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.

    Pada saat kau cinta padanya, kau akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus...

    SUKA adalah kau akan menemaninya bila itu menguntungkan.

    SAYANG adalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan.

    CINTA adalah kau akan menemaninya tidak peduli bagaimana pun keadaanmu.

    SUKA adalah hal yang menuntut.

    SAYANG adalah hal memberi dan menerima.

    CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.