RIZA KAY

RIZA KAY

PRICE 2014/2015

THE SUCI SPA & MAKEOVER
012-9130659



MAKE UP SERVICES

WEDDING RECEPTION-RM 500

SOLEMNIZATION - RM 400

ENGAGMENT - RM 400


EXTRA SERVICES

PHOTOSHOOT - RM RM200

TRIAL MAKEUP
- RM 200

DINNER - RM 200

PRE-WED MAKEUP -RM 200

STAY BACK (TOUCH UP) -RM50 PER HOUR


-Areas outside the Klang Valley & Putrajaya + RM0.50/km
-Toll return
-RM150 (if staying at the hotel or the actual charge for the hotel) or customer provided accommodation.
-Deposit 50% of the listed price as booking. Balance made ​​two weeks before the ceremony.
- Receipts will be issued upon request.

-Kawasan luar Lembah Klang & Putrajaya + RM0.50/km
-Tol pulang dan balik
-RM150 (jika menginap di hotel atau caj sebenar untuk hotel) atau pelanggan yang sediakan penginapan.
-Deposit 50% daripada harga yang tersenarai sebagai tempahan. Baki dibuat dua minggu sebelum majlis.
- Resit akan dikeluarkan di atas permintaan.



* Deposit payment for any appointment been canceled will not be refunded .. Please take note.!!! *
*Deposit pembayaran yang telah dibatalkan tidak akan dikembalikan .. Sila ambil perhatian!*


THANK YOU FOR CHOOSING
THE SUCI BY RIZA KAY




Followers

Thursday, June 30, 2011

photoshoot at TAMAN METROPOLITAN KEPONG


Bermula dari pukul 2:oo petang-6petang..
Hari selasa yang mmg BEST sangat x panas x ujan..
ALHAMDULLILAH
 sila la lihat hasil kerja tangan ku <3





Friday, June 24, 2011

Petua Memulih dan Menyempitkan Faraj

Petua 1
Bagi wanita yang farajnya selalu berair dan berbau kurang menyenangkan, eloklah mencuba petua ini. Ambil segenggam serbuk teh, letakkan ke dalam mangkuk. Tuangkan air panas, kemudian duduklah di atas mangkuk itu sehingga wapnya terkena faraj anda selama 2 minit. Selepas itu basuh rata-rata dengan air teh itu. Lakukan 2 kali pada waktu pagi dan malam.

Petua 2
2 biji kulit pisang muda
3 helai daun sireh bertemu urat
1 biji kulit pinang,
Gambir sebanyak 3 keping
Sedikit kapur sireh.

Ramuan tersebut hendaklah ditumbuk sehingga lumat. Kemudian direndamkan dengan setengah baldi air suam panas. Basuhlah faraj anda dengan air tersebut 2 kali sehari pagi dan malam agar ia sentiasa bersih dan segar.

Petua 3
Untuk mengetatkan faraj, rebus biji manjakani dan air rebusan itu dijadikan bahan pencuci faraj. Faraj akan kembali ketat dan tidak mengeluarkan bau yang tidak enak.


Petua Untuk Mengurangkan Berat Badan

• Anda mesti kurangkan jumlah makanan dan bilangan hidangan.

• Kurangkan makanan bergoreng. Lebih baik anda kukus atau bakar makanan anda.

• Kurangkan makan makanan berkarbohidrat (jenis nasi dan mee).

• Kawal pengambilan makanan musim perayaan dan ketika makan di luar.

• Kurangkan minuman bergas dan minuman manis.

• Baca label makanan terutama kandungan kalori.

eMEDIK: Petua Mengekalkan Paras Kolesterol Sihat

1.   Kurangkan pengambilan daging merah, lemak haiwan dan produk tenusu.
2.   Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kolesterol seperti hati dan sesetengah makanan laut.
3.  Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi dengan gula dan karbohidrat ringkas yang lain.
4.  Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
5.  Pengambilan lecithin juga boleh membantu mengelakkan pemendapan dan memudahkan penyingkiran lemak badan.
6.  Senaman secara berterusan membantu meningkatkan kolesterol HDL (High Density Lipoprotein), seterusnya menurunkan kolesterol total.
7.  Elakkan pengambilan alkohol secara berlebihan kerana ia menyumbang kepada penurunan paras kolesterol HDL yang meningkatkan risiko penyakit jantung.

Wednesday, June 22, 2011

Petua Untuk Badan Ramping

1. Berjalan kaki, sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari. Jika asyik naik lif di pejabat atau rumah. Cubalah naik dan turun dengan tangga.

2. Minum air kosong lapan gelas sehari. Ia membantu membuang toksin daripada badan. Segelas air kosong juga boleh diambil sebelum makan kerana ia memberikan rasa kenyang sekali gus menghindarkan diri daripada rasa lapar berlebihan.

3. Sarapan setiap pagi usah diabaikan. Mereka yang tidak bersarapan cepat lapar dan mendorong diri untuk makan lebih banyak pada waktu tengah hari.

4. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia baik untuk sistem pencernaan serta dapat menurunkan kadar kolesterol badan.

5. Jangan makan hingga perut sudah kenyang. Jika sayang makanan berlebihan, ia boleh disimpan.

6. Kawal diri supaya tidak makan makanan berlemak dan bergoreng secara berlebihan. Makanan dikukus atau direbus lebih elok untuk kesihatan.

7. Tidur dapat mempercepatkan kadar metabolisme badan sebanyak 40 peratus. Oleh itu, pastikan anda mendapat tidur secukupnya setiap hari.

8. Senaman yang sesuai mengikut bahagian badan elok dilakukan setiap kali bangun di waktu pagi. Apabila bangun pagi, rajinkan tangan membersihkan rumah. Mungkin ia tidak sehebat senaman di luar tetapi aktiviti berkenaan tetap membantu dari segi pembakaran kalori dalam badan.



Tuesday, June 21, 2011

Petua Untuk Kelihatan Langsing dan Menawan

Pakai Seluar Hitam Salah satu pakaian yang perlu ada di wardrobe anda ialah seluar berwarna hitam. Warna hitam memainkan peranan penting dalam memudarkan penglihatan orang ramai supaya mereka lihat tubuh anda bersaiz yang lebih kecil. Anda  perlu membeli beberapa helai seluar hitam yang berpotongan lurus. Paling penting, dapatkan seluar yang sesuai dengan bentuk fizikal anda. Jangan terlalu ketat atau sendat. Sebaik-baiknya, anda perlu ada paling minima 3 helai seluar hitam sebagai koleksi.

Pakai Seluar Denim – Seluar denim mampu menonjolkan keistimewaan dan menutupi kelemahan fizikal anda. Sama seperti seluar hitam, dapatkan seberapa banyak seluar denim yang sesuai sebagai koleksi anda.

PANDUAN MEMBELI:

a. Punggung yang besar akan kelihatan kecil jika anda memakai seluar denim, potongan khusus untuk kaum lelaki.

b. Jika anda ingin kaki kelihatan panjang, beli seluar denim yang panjang dan gandingkan bersama dengan pemakaian sepatu bertumit tinggi.

c. Anda perlu  beri perhatian khusus kepada bahagian poket belakang. Ini kerana, ia membantu mengubah pandangan orang lain terhadap dimensi punggung anda.

d. Jika anda memiliki peha yang besar, jangan pakai seluar denim yang dilunturkan warnanya di bahagian kaki, terutamanya peha. Ia akan menarik perhatian orang lain untuk melihat bahagian berkenaan.

Petua Wanita Untuk Elak Perut Buncit

  • Lengkapkan hidangan harian dengan sekurang-kurangnya semangkuk buah-buahan. Vitamin yang terkandung dalam buahan segar bukan saja baik untuk kulit malah mengandungi fiber untuk melancarkan sistem perkumuhan.
  • Minum banyak air kerana air tidak mengandungi kalori tapi bersifat mengenyangkan dan melancarkan sistem metabolisme tubuh.
  • Hindari minuman beralkohol. Ia mungkin tidak mengandungi lemak namun mempunyai kandungan kalori yang tinggi. Minuman beralkohol juga menyebabkan peningkatan pengeluaran hormon kortisol menyebabkan perut bahagian bawah menjadi buncit.
  • Amalkan cara duduk tegak kerana apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar. Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan anda.
  • Lakukan semua kerja rumah sendiri seperti membersihkan rumah, mengemas kamar tidur atau ketika menonton televisyen, anda boleh melakukan aktiviti mengangkat beban. Ia bukan saja dapat membakar 350 kalori sejam tapi turut membakar lemak yang berkumpul pada perut anda.
  • Lakukan senaman latih tubi di rumah ketika mempunyai waktu terluang. Caranya sangat mudah sama ada ketika atau sebelum tidur. Cukup sekadar 10 hingga 15 kiraan setiap hari.


Friday, June 10, 2011

Petua Mengatasi Masalah Keputihan pada Faraj

Petua 1
Ambil beberapa keping daun sireh dan segenggam pinang kering yang dihiris nipis. Direbus bersama air sebanyak 1 litre sehingga mendidih. Biarkan sejuk, campurkan dengan sedikit air bersih buat basuhan pada bahagian sulit wanita tersebut, lakukan 3 kali sehari untuk beberapa hari atau sehingga masalah selesai.

Petua 2
Ambil madu lebah (asli sahaja) satu sudu makan campurkan dengan sedikit air bersih. Dengan menggunakan jari oleskan pada seluruh bahagian sulit wanita. Lakukan 2 kali sehari sehingga sembuh.

Petua 3
Rebus air lobak putih dan minum air rebusan ini setiap pagi sehingga keputihan beransur hilang.

Petua 4
Rendam lima tangkai bunga cempaka dalam air panas. Tutup dan biarkan semalaman. Minum airnya setiap hari pagi dan petang. Bunga itu boleh direndam berulang-ulang sehingga pahitnya hilang.

Petua 5
Rebus:
10 biji manjakani
10 biji buah keras
10 helai daun sireh
2 biji limau nipis dan segenggam akar serapat dan kacip siti fatimah.

Wapkan faraj anda dengan wap rebusan ramuan ini. Airnya yang telah suam atau sejuk pula digunakan untuk mencuci faraj anda ketika membuang air kecil.

Petua Diet Bagi Pengurusan Berat Badan

1. Nikmati banyak buah-buahan, sayuran, makanan bijirin penuh dan kekacang. Makanan sebegini mempunyai massa banyak tetapi tenaganya kurang padat dan membantu anda berasa kenyang lebih lama.             

2. Makan dengan kadar sederhana makanan seperti daging kurang lemak, ikan, tenusu rendah lemak dan lain-lain protein. Makanan jenis protein paling berkesan untuk mengenyangkan anda. Sekali-sekala makan dengan sukatan sederhana makan makanan yang mengandungi tenaga padat. Anda mungkin berasa terkilan jika langsung tidak dapat menikmati makanan jenis ini. Jadi, rancangkan saat-saat untuk menikmati makanan ini tanpa berasa bersalah, kemudian teruskan dengan diet seimbang yang dirancang dengan baik.

3. Pengambilan sajian makanan dan snek kerap dapat mengelakkan anda bermakan dengan keterlaluan. Sukatan makanan harus diawasi. Kajian menunjukkan sukatan makanan semakin meningkat dalam tempoh 20 tahun lepas dan mungkin menjadi punca utama pemakanan yang berlebihan.
<3 selamat mencuba <3