Ramai orang mengadu dan risau dengan bentuk badan mereka yang tidak menarik. Setiap kali melihat cermin, serta-merta muka masam mencuka. Tidak ada salahnya jika berlebihan berat badan, cuma siapa yang tidak mahu dilihat indah, cantik dan molek pada pandangan orang? Jadi, bagaimana hendak kuruskan badan?
Senaman. Senaman yang ideal haruslah dilaksanakan dengan kadar 3 kali seminggu selama kira-kira 30 minit. Ramai yang beranggpan bahawa perkara ini sudah selalu sangat di war-warkan. Namun hakikatnya, aktiviti ini amatlah penting untuk mengawal kalori di dalam badan kita. Tanpa senaman yang dilakukan secara teratur, kalori-kalori akan mudah untuk terendap di dalam tubuh dan menyebabkan berat badan terus meningkat. Ubahlah gaya hidup anda mulai hari ini. Tidak semestinya lengkap berpakaian sukan untuk beriadah. Cukuplah berjoging atau berbasikal untuk ke tempat berhampiran, selagi ianya mampu membakar lemak dan kalori.
Makan Sayuran dan buah-buahan. Ia bukan sahaja memberikan anda vitamin dan mineral kepada tubuh, bahkan ianya menjadi diet pelengkap kepada tubuh anda. Dengan pengambilan sayur dan buah-buahan yang mencukupi, secara tidak langsung anda akan mendapati bahawa selera makan anda tidak berlebihan.
Kurangkan Minuman Bergas - Salah satu faktor kegemukan adalah disebebkan amalan pemakanan dan minuman yang salah. Banyakkan pengambilan minuman kosong atau air mineral. Kurangkanlah pengambilan minuman bergas dan bergula.
Jangan tinggalkan sarapan pagi. Ramai juga orang yang meninggalkan sarapan pagi semata-mata untuk mengurangkan pengambilan makanan. Ingat, ini adalah salah satu teknik yang salah. Orang yang meninggalkan pengambilan makanan sarapan pagi akan mudah dan cepat untuk berasa lapar. Dan ini sering mengakibatkan pengambilan makanan yang berlebihan semasa makan tengah hari.
No comments:
Post a Comment