RIZA KAY

RIZA KAY

PRICE 2014/2015

THE SUCI SPA & MAKEOVER
012-9130659



MAKE UP SERVICES

WEDDING RECEPTION-RM 500

SOLEMNIZATION - RM 400

ENGAGMENT - RM 400


EXTRA SERVICES

PHOTOSHOOT - RM RM200

TRIAL MAKEUP
- RM 200

DINNER - RM 200

PRE-WED MAKEUP -RM 200

STAY BACK (TOUCH UP) -RM50 PER HOUR


-Areas outside the Klang Valley & Putrajaya + RM0.50/km
-Toll return
-RM150 (if staying at the hotel or the actual charge for the hotel) or customer provided accommodation.
-Deposit 50% of the listed price as booking. Balance made ​​two weeks before the ceremony.
- Receipts will be issued upon request.

-Kawasan luar Lembah Klang & Putrajaya + RM0.50/km
-Tol pulang dan balik
-RM150 (jika menginap di hotel atau caj sebenar untuk hotel) atau pelanggan yang sediakan penginapan.
-Deposit 50% daripada harga yang tersenarai sebagai tempahan. Baki dibuat dua minggu sebelum majlis.
- Resit akan dikeluarkan di atas permintaan.



* Deposit payment for any appointment been canceled will not be refunded .. Please take note.!!! *
*Deposit pembayaran yang telah dibatalkan tidak akan dikembalikan .. Sila ambil perhatian!*


THANK YOU FOR CHOOSING
THE SUCI BY RIZA KAY




Followers

Saturday, April 30, 2011

Mengapa Badan Gemuk?

Ramai orang mengadu dan risau dengan bentuk badan mereka yang tidak menarik. Setiap kali melihat  cermin, serta-merta muka masam mencuka. Tidak ada salahnya jika berlebihan berat badan, cuma siapa yang tidak mahu dilihat indah, cantik dan molek pada pandangan orang? Jadi, bagaimana hendak kuruskan badan?

Senaman. Senaman yang ideal haruslah dilaksanakan dengan kadar 3 kali seminggu selama kira-kira 30 minit. Ramai yang beranggpan bahawa perkara ini sudah selalu sangat di war-warkan. Namun hakikatnya, aktiviti ini amatlah penting untuk mengawal kalori di dalam badan kita. Tanpa senaman yang dilakukan secara teratur, kalori-kalori akan mudah untuk terendap di dalam tubuh dan menyebabkan berat badan terus meningkat. Ubahlah gaya hidup anda mulai hari ini. Tidak semestinya lengkap berpakaian sukan untuk beriadah. Cukuplah berjoging atau berbasikal untuk ke tempat berhampiran, selagi ianya mampu membakar lemak dan kalori.

Makan Sayuran dan buah-buahan. Ia bukan sahaja memberikan anda vitamin dan mineral kepada tubuh, bahkan ianya menjadi diet pelengkap kepada tubuh anda.  Dengan pengambilan sayur dan buah-buahan yang mencukupi, secara tidak langsung anda akan mendapati bahawa selera makan anda tidak berlebihan.

Kurangkan Minuman Bergas Salah satu faktor kegemukan adalah disebebkan amalan pemakanan dan minuman yang salah. Banyakkan pengambilan minuman kosong atau air mineral. Kurangkanlah pengambilan minuman bergas dan bergula.

Jangan tinggalkan sarapan pagi. Ramai juga orang yang meninggalkan sarapan pagi semata-mata untuk mengurangkan pengambilan makanan. Ingat, ini adalah salah satu teknik yang salah. Orang yang meninggalkan pengambilan makanan sarapan pagi akan mudah dan cepat untuk berasa lapar. Dan ini sering mengakibatkan pengambilan makanan yang berlebihan semasa makan tengah hari.

Wednesday, April 27, 2011

PETUA MENGASIHI SUAMI

1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.

3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasaalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak
dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.

7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.

9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan, busuk pengotor,selekeh atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati suami akan tersentuh apabila isteri berkata2 demikian.

10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".

11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka suami anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.

14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima'. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.

16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Ingat wahai isteri jgn biarkan suami anda kesakitan sendiri, sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati lelaki mudah berkata' inginkanseseorang yang dapat membantu', jangan la hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki tak dapat di baca apabila umurnya 40 an.

17.Selalu la memasak untuk suami terutama bagi wanita yg berkerjaya. Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri juga dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga.

18. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga. Kepada isteri, jika anda berlakukan demikian, teruskan la, kepada yang tidak melakukan salah satu darinya, cuba la baiki diri anda. Sesungguhnya yg paling penting, hormat la suami anda, jangan sekali di caci.

Yg baik datangnya dari Allah s.w.t, yg buruk datangnya dari diri kita sendiri...ubahlah sebelum terlambat.

Monday, April 25, 2011

Kelebihan MANDI

1. Ia boleh mengurangkan atau mengelakkan tekanan (stress) serta membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh badan anda.

2. Dengan merendamkan kaki anda ke dalam air panas selama beberapa minit, ia dapat membantu anda menyembuhkan pelbagai penyakit atau masalah yang menganggu kesihatan diri. Antaranya seperti sakit kepala, selesema, hidung berdarah, sembelit dan imsonia.

3. Mandi air panas pada suhu sekitar 32 - 35 darjah celsius akan membuka ruang yang dapat mengeluarkan toksin, menurunkan paras gula, memelihara usus besar serta menyembuhkan masalah sakit otot anda.

4. Dengan berendam di dalam air panas selama 10 minit boleh memperbaiki tahap kesihatan jantung anda terutamanya golongan LELAKI.


5. Mandi air sejuk pun ada kelebihannya. Ia berfaedah untuk meredakan ketegangan. Caranya ialah dengan menambahkan sedikit "sodium bicarbonate" ke dalam air mandian yang sejuk tadi. Ia akan bertindak sebagai antiseptik seterusnya mampu mengatasi masalah penyakit kulit seperti gatal-gatal dan ruam.



Tanda-Tanda Anda Di Lamun Ombak Cinta

1. Anda tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja atau pelajaran kerana asyik teringat-ingatkan si dia. Kosentrasi terganggu.Prestasi kerja atau pelajaran juga terjejas.Selalu datang kerja lewat dan pulang cepat hanya kerana mahu menemuinya.Bagi yang masih belajar, banyak assignment yang tidak atau lambat siap kerana asyik melayan perasaan.

2. Nasihat ibubapa, adik beradik, kawan-kawan tidak lagi digunapakai.Kalau dulu bila bermasalah, merekalah tempat anda mengadu, kini setelah bercinta, semuanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

3. Anda memberi handphone anda kepada teman lelaki supaya dia boleh memakainya dan anda membayar bilnya.

4. Anda mengantuk, letih dan penat, tetapi anda gagahkan juga menghabiskan masa bersama si dia. Penat pun tidak mengapa.

5. Anda dan si dia menjadi bayang-bayang - anda mengikutnya atau si dia mengikut anda, ke mana saja.

7. Jika dia melayan anda dengan teruk, dan anda masih gembira keluar denganya siang dan malam.

8. Kawan-kawan memberi amaran yang memang dia kaki tipu, tetapi anda kata dia akan berubah.

9. Anda berhutang piutang kerananya dan anda berhabis-habisan wang kerananya.

10. Kalau dulu anda gembira mendampingi kawan-kawan, kini anda tidak lagi menghabiskan masa bersama mereka kerana bagi anda keluar dengan si dia lebih bahagia.


Sunday, April 10, 2011

Khasiat Genggam Fatimah

1. Mengecutkan, merapatkan dan mengetatkan otot rahim menerusi pengambilan yang betul dan secara konsisten.
2. Baik untuk senggugut, keputihan dan ketidakkesuburan
3. Membetulkan kitaran haid, merawat luka dalaman dan mengempiskan perut
4. Melangsingkan badan.
5. Gout : Genggam Fatimah boleh menyingkirkan toksin dalam badan
6. Melancarkan perjalanan darah
7. Menghilangkan kebas kaki dan tangan
8. Membuang angin dalam badan
9. Melawaskan air kencing dan besar
10. Membuang lemak dalam badan

PERINGATAN
1. Setengah orang mungkin berasa pening ketika baru mengambil air rebusan Genggam Fatimah. Ini mungkin kerana bahan berkenaan sedang membetulkan atau menyingkirkan toksin dalam badan.
2. Wanita yang sedang hamil dilarang mengambil herba ini.
3. Jangan minum terlalu banyak air rebusan Genggam Fatimah kerana boleh menyebabkan kesukaran untuk tidur.

Petua Untuk Bibir Cantik Bak Delima Merekah

Merawat Bibir Merekah
Atasi masalah bibir merekah dengan meminum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. Amalkan meminumnya sekali dalam sehari dan nantikan hasilnya.

Bibir Merah Semulajadi
Untuk mendapatkan bibir yang merah semulajadi, amalkan dengan menyapu madu lebah dibibir semalaman (semasa tidur).







Thursday, April 7, 2011

Petua : Melayan Isteri

1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium….

2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you… Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh tapi… Dah jadi budaya kita agaknya nak sebut I love youlebih mudah…

3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.

4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.

5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula…

6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.

7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri² Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.

8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan,dada atau bahu anda.Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat.

Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim. 
Insya-Allah, bila isteri kita tahu yang kita betul² sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu² sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang.






















Tuesday, April 5, 2011

Ilmu Firasat Melayu: Rahsia Mata Wanita




Saiz Mata Kecil - Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tetapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.


Saiz Mata Sedang - Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.

Saiz Mata Lebar - Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa. Tetapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

Mata Selalu Berkedip - Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik.

Mata Jarang Berkedip - Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjawab, tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

Mata Cengkung - Kurang memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tetapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

Mata Redup - Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.

Matanya Seolah Tersembul Keluar - Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata. Tetapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.


Monday, April 4, 2011

Petua Penjagaan Kuku

Kuku Rosak
Ada banyak faktor menyebabkan kuku tidak sihat. Selain trauma kecederaan atau tabiat menggigit kuku, jangkitan juga boleh menjadi satu faktor mengapa kuku tidak sihat. Fungus pada kuku menyebabkan perubahan warna, tekstur dan bentuk kuku. Jangkitan bakteria boleh menyebabkan perubahan warna dan jika jangkitan itu serius anda mungkin hilang nail plate (lapisan kuku paling atas).

Kuku juga boleh rosak sebagai tanda kaitannya dengan penyakit kronik seperti berikut:
  • Sakit berkaitan hati – Kuku yang berwarna putih
  • Sakit buah pinggang – Kuku yang separuh berwarna pink dan separuh berwarna putih
  • Sakit jantung – Nail bed berwarna merah
  • Sakit paru-paru – Kuku berwarna kuning, tebal dan lambat panjang
  • Kurang darah (anemia) – Kuku berwarna pucat
  • Diabetes – Kuku berwarna kuning dan sedikit kemerahan di pangkalnya
Petua Penjagaan Kuku Tangan dan Kaki
  • Guna losyen tangan lepas selesai membuat kerja rumah seperti membasuh pinggan.
  • Rajin urut cuticles supaya kuku naik dengan baik.
  • Makan banyak buah-buahan dan protein.
  • Ambil makanan tambahan jika rasa pengambilan diet seharian tidak cukup, ia bukan saja untuk kuku tapi untuk seluruh tubuh.
  • Penjagaan kuku kaki dan tangan sedikit berbeza. Kaki haris discrub untuk membuang tumit keras terutama di tumit.
  • Basuh kaki setiap hari menggunakan sabun terutama di celah jari dan keringkan sebaiknya.
  • Jangan potong kuku terlalu pendek dan jangan mengorek cekam kerana ia akan mendatangkan rasa sakit.
  • Jika anda berstokin, tukar setiap hari, jangan pakai stokin yang terlalu ketat atau singkat.
  • Pakai kasut yang sesuai dengan saiz anda. Mereka yang memakai kasut ketat sebenarnya menzalimi kaki sendiri. Kaki yang tersumbat dalam kasut ketat menyebabkan pertumbuhan kuku juga terjejas. Ia akan menyebabkan jangkitan bakteria apatah lagi memakainya dalam masa lama dan kerap.
  • Sesetengah orang cepat berpeluh, justeru pertimbangkan untuk memakai kasut yang diperbuat daripada kulit atau kanvas tapi bukan sintetik. Sandal mungkin sesuai.
  • Bagus jika anda boleh bertukar kasut setiap hari.
  • Sapukan bedak khas untuk kaki.
  • Jika berhadapan dengan masalah cekam yang serius dan membimbangkan, jumpa doktor jangan cuba mengoreknya.


Ini Suatu Kejadian Yang Berlaku di Mekah (sila baca dengan penuh khusyuk)

Seorang warga Indonesia membeli kain pelikat di Kedai Pak Arab di Mekah. Kain pelikat itu ada tertulis“DIJAMIN TIDAK LUNTUR.” Setelah membayar harga kain, warga Indonesia itu balik ke hostelnya.

Pada hari esoknya, warga Indonesia itu membasuh kain pelikat yang dia beli itu. Tiba-tiba warnanya luntur. Tanpa membuang masa warga Indonesia itu dengan perasaan marah terus ke kedai Pak Arab tersebut. Kebetulan pula Pak Arab ini pandai pula bertutur bahasa Indonesia.

Warga Indonesia itu pun membuat aduan kepada Pak Arab tersebut mengenai jaminan kain pelikat itu tidak luntur.
Dengan nada selamba, Pak Arab itu berkata: “Ente orang Indonesia baca dari kiri ke kanan DIJAMIN TIDAK LUNTUR ... .tetapi Ana orang Arab baca dari kanan ke kiri .. LUNTUR TIDAK DIJAMIN