RIZA KAY

RIZA KAY

PRICE 2014/2015

THE SUCI SPA & MAKEOVER
012-9130659



MAKE UP SERVICES

WEDDING RECEPTION-RM 500

SOLEMNIZATION - RM 400

ENGAGMENT - RM 400


EXTRA SERVICES

PHOTOSHOOT - RM RM200

TRIAL MAKEUP
- RM 200

DINNER - RM 200

PRE-WED MAKEUP -RM 200

STAY BACK (TOUCH UP) -RM50 PER HOUR


-Areas outside the Klang Valley & Putrajaya + RM0.50/km
-Toll return
-RM150 (if staying at the hotel or the actual charge for the hotel) or customer provided accommodation.
-Deposit 50% of the listed price as booking. Balance made ​​two weeks before the ceremony.
- Receipts will be issued upon request.

-Kawasan luar Lembah Klang & Putrajaya + RM0.50/km
-Tol pulang dan balik
-RM150 (jika menginap di hotel atau caj sebenar untuk hotel) atau pelanggan yang sediakan penginapan.
-Deposit 50% daripada harga yang tersenarai sebagai tempahan. Baki dibuat dua minggu sebelum majlis.
- Resit akan dikeluarkan di atas permintaan.



* Deposit payment for any appointment been canceled will not be refunded .. Please take note.!!! *
*Deposit pembayaran yang telah dibatalkan tidak akan dikembalikan .. Sila ambil perhatian!*


THANK YOU FOR CHOOSING
THE SUCI BY RIZA KAY




Followers

Monday, September 5, 2011

Petua Untuk Memujuk Orang Yang Merajuk

Seringkali orang merajuk kerana dia kecil hati disebabkan orang lain tidak mengindahkannya. Sama ada orang tidak memuliakannya dengan memberikannya satu kedudukan atau tempat yang istimewa, atau tidak menerima pandangannya, ataupun tidak menunaikan permintaannya.

Penyakit merajuk ini boleh kena pada siapa-siapa sahaja. Tidak kira lelaki atau perempuan. Tidak kira tua atau pun muda. Orang yang besar atau pun kecil. Anak boleh merajuk dengan emak, emak boleh merajuk dengan anak. Merajuk berlaku bila hatinya marah kerana tidak diberi perhatian. Tetapi mungkin kerana malu atau tidak ada kuasa, ataupun mungkin kerana beranggapan yang marah-marah itu satu sikap yang lebih tidak baik, marahnya pun tidak dilepaskan. Sebaliknya, dia mengalihkan marahnya kepada merajuk. Dengan merajuk, orang akan faham yang dia sebenarnya marah walaupun dia sekadar mendiamkan diri sahaja.

Kenapa Merajuk?
Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab:

1. Cemburu. Ini merupakan faktor utama kenapa si dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.

2. Tidak Dapat Apa Yang Diinginkan. Si dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya.

3. Orang Lain Lebih Hebat Dari Dia. Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Kadangkala, si dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaannya, dia perlukan anda di samping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza — merajuk.

Bagaimana Nak Pujuk?
1. Terangkan Perkara Sebenar. Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar, ia dapat mengeratkan perhubungan kerana anda mengambil berat tentang hal si dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia..

2. Bertolak-ansur dan Bijak Dalam Membuat Keputusan. Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda harus bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

3. Ucapkan Kata-Kata “manis”. Dia sedang merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manja” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat lain anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis.

4. Nyanyikan Lagu Buatnya. Pernahkah anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Apabila dia mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.

eMEDIK: Susah Tidur

Insomnia merupakan ketidakupayaan untuk tidur, atau ketidakupayaan untuk mendapatkan tidur yang secukupnya. Jumlah waktu tidur yang diperlukan oleh seseorang bergantung kepada umurnya. Bayi-bayi dan kanak-kanak memerlukan waktu tidur yang lebih lama berbanding warga tua. Jumlah tidur yang diperlukan oleh warga tua adalah sekitar 4 - 5 jam berbanding dengan orang yang lebih muda yang memerlukan 8 jam. Gejala-gejala Kesukaran untuk tidur. Tidur yang putus-putus atau resah. Kerap bangun dari tidur pada waktu malam. Bangun pada awal pagi dan kesukaran untuk tidur semula. Menjadi letih, mengantuk dan mudah tersinggung pada siang hari. Punca-punca Tekanan dan kerisauan Ketidakselesaan persekitaran sekeliling yang tidak sesuai untuk tidur – misalannya, bising dan kotor, sejuk atau panas. Persekitaran baru – contoh: Berpindah ke rumah baru. Nokturia (kencing pada waktu malam) – biasanya didapati pada warga tua disebabkan oleh penyakit-penyakit seperti penyakit kelenjar prostat atau kelemahan otot-otot pundi kencing. Sakit pada penyakit-penyakit tertentu. Dicetus oleh ubat, misalannya alkohol dengan cepatnya akan menyebabkan tidur yang pendek, tetapi terdapat insomnia berbalik. Pemberhentian pengambilan ubat-ubat tertentu, seperti agen hipnotik. Apa Yang Harus Dibuat? 1. Menjadikan persekitaran tidur lebih selesa. 2. Mengadakan masa yang tertentu untuk tidur. 3. Elakkan terlalu banyak perkara yang menguja sebelum tidur. 4. Elakkan tidur yang sebentar pada sianghari. 5. Elakkan minuman yang beralkohol atau yang berkafein sebelum masuk tidur. 6. Senam selalu pada waktu siang 3-5 kali seminggu tetapi elakkan senaman sebelum masuk tidur. 7. Jika anda tidak tidur dalam masa 20 minit, bangun dari katil anda dan duduk di bilik yang lain sehingga anda terasa mengantuk. 8. Baca sebuah buku yang membosankan. 9. Dengar muzik yang lembut. 10. Runding dengan doktor anda, jika masalah ini berterusan untuk banyak hari atau mengganggu aktiviti harian anda. 11. Ambil ubatan seperti agen hipnotik untuk insomnia hanya jika dipreskripsi oleh seorang doktor. Apa yang boleh dilakukan oleh doktor? Memeriksa anda dan mengenalpasti punca masalah. Memberi rawatan mengikut apa yang dijumpai. Ubat tidur, jika perlu. Merujuk untuk penyiasatan selanjutnya, jika perlu, kepada seorang ahli psikiatri. Dengan gaya hidup yang sihat dan jangan kehilangan tidur kerana memikirkan ketidakupayana untuk tidur.